Dikisahkan,
bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya
Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca
"Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut
Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w.
yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat
olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang itu Ialu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah
engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab
badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan
aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu,
Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali
Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi
bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap
atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata
kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan
penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang,
seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki
Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab
itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah
berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu balasanya dilakukan oleh hamba sahaya
kepada jeragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang
yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa
berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab
itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah
akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik
yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril
kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
"Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun
akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.
"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah
bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu.
'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi
itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata
orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran
itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis!
Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan
tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah
tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.
Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di
syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya., akan tetapi merekalah yang
menganiaya diri mereka sendiri." (al-Ankabut: 39-40)
Penyebutan
dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga
orang thagut yang mendustakannya. "Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa
dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman,
dan Qarun, maka mereka berkata, Ia (Musa) adalah seorang ahli sihir yang
pendusta." (al-Mu'min: 23-24)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar