Dalam sebuah
kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi
Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah
diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung."
Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu
ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"
Lalu berkata Iblis: "Aku adalah
Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang
makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa
kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah
s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya
bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat
mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud
maka aku sedia mengampuni segala dosanya."
Setelah Nabi Musa a.s. menerima
wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang
apa yang telah Allah perintahkan.
Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s.
memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis
berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga,
bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati." Begitulah sifat
sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api
neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.
Dalam sebuah hadis menerangkan
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000
tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis
supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan
sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.....(prizt)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar