Kamis, 15 November 2012
Mengenal Dermawan Teragung Dunia
Tiga Pertanyaan
Ada seorang
pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di
rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun
yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan
orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda
menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan
dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda
yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;
1. Kalau
memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah
yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau
syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir
sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar
pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa
anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu
adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”,
kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu
saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda
percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama
bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap
pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah
tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda.
“Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari
ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat
dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda.
“Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya
tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan
Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat
menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama......(prizt)
Iblis Ingin Bertaubat
Dalam sebuah
kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi
Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah
diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung."
Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu
ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"
Lalu berkata Iblis: "Aku adalah
Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang
makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa
kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah
s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya
bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat
mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud
maka aku sedia mengampuni segala dosanya."
Setelah Nabi Musa a.s. menerima
wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang
apa yang telah Allah perintahkan.
Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s.
memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis
berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga,
bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati." Begitulah sifat
sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api
neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.
Dalam sebuah hadis menerangkan
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000
tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis
supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan
sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.....(prizt)
Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy
Dikisahkan,
bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya
Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca
"Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut
Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w.
yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat
olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang itu Ialu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah
engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab
badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan
aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu,
Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali
Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi
bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap
atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata
kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan
penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang,
seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki
Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab
itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah
berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu balasanya dilakukan oleh hamba sahaya
kepada jeragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang
yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa
berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab
itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah
akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik
yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril
kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
"Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun
akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.
"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah
bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu.
'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi
itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata
orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran
itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis!
Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan
tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah
tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.
Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di
syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya., akan tetapi merekalah yang
menganiaya diri mereka sendiri." (al-Ankabut: 39-40)
Penyebutan
dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga
orang thagut yang mendustakannya. "Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa
dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman,
dan Qarun, maka mereka berkata, Ia (Musa) adalah seorang ahli sihir yang
pendusta." (al-Mu'min: 23-24)
kisah Pencuri Kain Kafan
Di Baghdad
terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kafan. Dia menggali setiap
kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam
sedang dia menggali kubur, dia terperanjat melihat api besar menjulang-julang
keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pingsan.
Setelah sadar, dia lari
lintang-pukang sambil menangis terisak-isak. Dia berjumpa dengan seorang wali
Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan dan ingin bertaubat. Dia
mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. Hanya 2 kubur saja yang mayatnya
masih mengadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain, semua mayat itu telah berputar membelakangkan kiblat. Syeikh Joned menerangkan mayat-mayat yang berputar membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak atau ragu-ragu tentang
jaminan rezeki oleh Allah.
Moral &
Iktibar
Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah
telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi.
Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak
beriman terhadap Allah.
Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa
yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a'asi (maksiat).
Jangan menghina atau memandang rendah kaki
maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan
kita belum tahu.
Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa
yang balasannya diterima di dalam kubur lagi.
Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia
hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan
ditimpakan azab jika ahli neraka.
Kisah Qarun Yang Binasa Dengan Hartanya
(hello tuban) Qarun adalah
kaum Nabi Musa, berkebangsaan Israel, dan bukan berasal dari suku Qibthi
(Gypsy, bangsa Mesir). Allah mengutus Musa kepadanya seperti diutusnya Musa
kepada Fir'aun dan Haman. Allah telah mengurniai Qarun harta yang sangat banyak
dan perbendaharaan yang melimpah ruah yang banyak memenuhi peti simpanan.
Perbendaharaan harta dan peti-peti ini sangat berat untuk diangkat kerana
beratnya isi kekayaan Qarun. Walaupun diangkat oleh beberapa orang lelaki kuat
dan kekar pun, mereka masih kewalahan.
Qarun mempergunakan harta ini dalam
kesesatan, kezaliman dan permusuhan serta membuatnya sombong. Hal ini merupakan
musibah dan bencana bagi kaum kafir dan lemah di kalangan Bani Israil. Dalam
memandang Qarun dan harta kekayaannya, Bani Israil terbahagi atas dua kelompok.
Kelompok pertama adalah kelompok orang yang beriman kepada Allah dan lebih
mengutamakan apa yang ada di sisi-Nya. Kerana itu mereka tidak terpedaya oleh
harta Qarun dan tidak berangan-angan ingin memilikinya. Bahkan mereka memprotes
kesombongan, kesesatan dan kerusakannya serta berharap agar ia menafkahkan
hartanya di jalan Allah dan memberikan kontribusi kepada hamba-hamba Allah yang
lain. Adapun kelompok kedua adalah yang terpukau dan tertipu oleh harta Qarun
kerana mereka telah kehilangan tolok ukur nilai, landasan dan asas yang dapat
digunakan untuk menilai Qarun dan hartanya. Mereka menganggap bahawa kekayaan
Qarun merupakan bukti keridhaan dan kecintaan Allah kepadanya. Maka mereka
berangan-angan ingin bernasib seperti itu.
Qarun mabuk dan terlena oleh
melimpahnya harta dan kekayaan. Semua itu membuatnya buta dari kebenaran dan
tuli dari nasihat-nasihat orang mukmin. Ketika mereka meminta Qarun untuk
bersyukur kepada Allah atas segala nikmat harta kekayaan dan memintanya untuk
memanfaatkan hartanya dalam hal yang bermanfaat, kabaikan dan hal yang halal
kerana semua itu adalah harta Allah, ia justru menolak seraya mengatakan
"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku"
Suatu hari, keluarlah ia kepada
kaumnya dengan kemegahan dan rasa bangga, sombong dan congkaknya. Maka
hancurlah hati orang fakir dan silaulah penglihatan mereka seraya berkata,
"Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa diberikan kepada Qarun; sesungguhnya
ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." Akan tetapi
orang-orang mukmin yang dianugerahi ilmu menasihati orang-orang yang tertipu
seraya berkata, "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah
lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh…."
Berlakulah sunnatullah atasnya dan
murka Allah menimpanya. Hartanya menyebabkan Allah murka, menyebabkan dia
hancur, dan datangnya siksa Allah. Maka Allah membenamkan harta dan rumahnya
kedalam bumi, kemudian terbelah dan mengangalah bumi, maka tenggelamlah ia
beserta harta yang dimilikinya dengan disaksikan oleh orang-orang Bani Israil.
Tidak seorangpun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu, tidak
bermanfaat harta kekayaan dan perbendaharannya.
Tatkala Bani Israil melihat bencana
yang menimpa Qarun dan hartanya, bertambahlah keimanan orang-orang yang beriman
dan sabar. Adapun mereka yang telah tertipu dan pernah berangan-angan seperti
Qarun, akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya dan terbukalah tabir, lalu
mereka memuji Allah kerana tidak mengalami nasib seperti Qarun. Mereka berkata,
"Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa saja yang Dia
kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak
melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita.
benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)."
Penyebutan
Qarun Dalam Quran
Nama Qarun
diulang sebanyak empat kali dalam Al-Quran, dua kali dalam surah al-Qashash,
satu kali dalam surah al-Ankabut, dan satu kali dalam surah al-Mu'min.
Penyebutan dalam surah al-Ankabut pada pembahasan singkat tentang pendustaan
oleh tiga orang oknum thagut, iaitu Qarun, Fir'aun, dan Haman, lalu Allah
menghancurkan mereka.
"Dan
(juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka
Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan
tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang
yang luput (dari kehancuran itu).
Maka
masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka
ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada
yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami
benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan
Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang
menganiaya diri mereka sendiri." (al-Ankabut: 39-40)
Penyebutan
dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga
orang thagut yang mendustakannya. "Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa
dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman,
dan Qarun, maka mereka berkata, Ia (Musa) adalah seorang ahli sihir yang
pendusta." (al-Mu'min: 23-24) (prizt)
Rabu, 14 November 2012
4 Malaikat Inilah Yang Akan Mendatangi Kita Ketika Sakit
Tak
perlu Anda bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda.
Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk
selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya :
“Apabila
seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada
para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin
itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”
Ujaran
Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang
lain Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang hamba mukmin sakit,
maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah
memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil
kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil
rasa lezatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil
cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat
pasi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil
semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala
Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat
1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah
sang hamba. Namun
untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya
kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya
berkata : “Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah
menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya
setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah
dosa2 tersebut ke dalam laut.”
Dengan
ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia
dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas
dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”
Langganan:
Postingan (Atom)